PERJUANGAN TANAH MELAYU
Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.PERJANJIAN PERSEKUTUAN
Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di (King House) dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
.TANAH MELAYU
Semenanjung Tanah Melayu merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatanThailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Pattani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.
Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanahSegenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos1957.[3] Merujuk kepada Akta Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagaiSabah) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.
sumber:wikipedia