Isnin, 8 Ogos 2016

WIRA KEMERDEKAAN


WIRA KEMEDEKAAN


DATO ONN BIN  JA' AFAR













Dato' Sir Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.


Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz


Image result for abdul wahab toh muda abdul aziz



Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima Bukit Gantang dari Perakiaitu pembesar Perak empat.
Beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 

Tunku abd rahman.jpg

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua MenteriPersekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejakkemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock
Image result for tun tan cheng lock

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertamaPersatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politikpendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik danekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.

Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein

Image result for tun abdul razak hussein


Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein (11 Mac 1922 -14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakatMalaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Rabu, 3 Ogos 2016

TOKOH KEDAMAIAN

TOKOH KEDAMAIAN

PAK SAKO 


-Nama sebenar Pak Sako ialah Ishak Haji Muhammad.

-Pak Sako dilahirkan pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang ,Termeloh,Pahang.

-Beliau pernah bekerja sebagai Majistret Kelas III.

-Beliau meletakkan jawatan kerana tidak suka berkerjasama bersama British.

-Beliau rajin menulis novel,esei dan memoir.

-Menyebarkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang melayu melalui akhbar Utusan Melayu.

-Melepaskan rasa benci terhadap British menerusi novel :
  
  i.Puteri Gunung Tahan
  ii.Anak Mat Lela Gila 

- Novel Puteri Gunung Tahan yang ditulis oleh beliau banyak menceritakan tentang keburukan orang barat yang cuba mengaut hasil bumi  di Tanah Melayu.

-Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Kampung Melaka ,Hulu Langat ,Selangor.



TUN TAN CHENG LOCK


-Tun Tan Cheng Lock dilahirkan pada tanggal  5 April 1883 di Melaka .

-Merupakan pemimpin yang berjuang untuk :

 i.Kepentingan masyarakat Cina di Malaysia.
 ii.Menyatukan orang Cina di Tanah Melayu.

-Mengasaskan penubuhan Malaysia Chinese Association (MCA) bersama dengan pemimpin cina yang lain pada 1949.

-Beliau menyertai Konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan oleh UMNO pada 23 Ogos 1953.
-Dibawah kepimpinannya MCA :
 i.Membantu untuk mendapatkan hak kerakyatan masyarakat Cina.

-Meminta bantuan ekonomi disalurkan kepada mereka yang memerlukan khususnya nelayan Melayu.



  LILY EBERWEIN



-Lily Eberwein telah dilahirkan pada tanggal 11 Julai 1900 di Kuching ,Sarawak.

-Beliau merupakan seorang tokoh pendidikan dan ahli politik di negeri Sarawak.

-Dilantik sebagai Guru Besar di Permaisuri Malay Girls School ,Kuching .

-Bijak menggunakan peluang tersebut untuk memastikan anak perempuan medapat pendidikan yang sepenuhnya.

-Pada tahun 1950, Lily Eberwein menubuhkan Satok English School tanpa bantuan kerajaaan.

-Atas kesungguhnya,beliau dihormati oleh kaum Melayu Sarawak.

-Sebagai penghargaan, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Besar pada tahun 1977.

-Beliau meninggal dunia pada tahun 1990.



S.A.GANAPATHY



-S.A.Ganapathy merupakan pemimpin India yang berjuang untuk :
 
   i.membela nasib dan kebajikan pekerja estet.
   ii.menuntut upah yang adil.
   iii.mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja.

-Beliau memperjuangkan kebajikan pekerja estet India melalui akhbar :
 
  i.Pattali Murasu (Suara Pekerja)
  ii.Munnani (Barisan Pertama)

-Pada tahun 1947 ,beliau dilantik untuk menjadi Presiden Kesatuan Pekerja Se-Malaya.

-Kesungguhan dan kelantangan beliau menyebabkan British menangkapnya atas tuduhan memiliki senjata api.

-Beliau dijatuhi hukuman mati.