Ahad, 23 Oktober 2016

POLITIK MALAYSIA

POLITIK MALAYSIA




Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berpelembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan