Rabu, 3 Ogos 2016

TOKOH KEDAMAIAN

TOKOH KEDAMAIAN

PAK SAKO 


-Nama sebenar Pak Sako ialah Ishak Haji Muhammad.

-Pak Sako dilahirkan pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang ,Termeloh,Pahang.

-Beliau pernah bekerja sebagai Majistret Kelas III.

-Beliau meletakkan jawatan kerana tidak suka berkerjasama bersama British.

-Beliau rajin menulis novel,esei dan memoir.

-Menyebarkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang melayu melalui akhbar Utusan Melayu.

-Melepaskan rasa benci terhadap British menerusi novel :
  
  i.Puteri Gunung Tahan
  ii.Anak Mat Lela Gila 

- Novel Puteri Gunung Tahan yang ditulis oleh beliau banyak menceritakan tentang keburukan orang barat yang cuba mengaut hasil bumi  di Tanah Melayu.

-Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Kampung Melaka ,Hulu Langat ,Selangor.



TUN TAN CHENG LOCK


-Tun Tan Cheng Lock dilahirkan pada tanggal  5 April 1883 di Melaka .

-Merupakan pemimpin yang berjuang untuk :

 i.Kepentingan masyarakat Cina di Malaysia.
 ii.Menyatukan orang Cina di Tanah Melayu.

-Mengasaskan penubuhan Malaysia Chinese Association (MCA) bersama dengan pemimpin cina yang lain pada 1949.

-Beliau menyertai Konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan oleh UMNO pada 23 Ogos 1953.
-Dibawah kepimpinannya MCA :
 i.Membantu untuk mendapatkan hak kerakyatan masyarakat Cina.

-Meminta bantuan ekonomi disalurkan kepada mereka yang memerlukan khususnya nelayan Melayu.



  LILY EBERWEIN



-Lily Eberwein telah dilahirkan pada tanggal 11 Julai 1900 di Kuching ,Sarawak.

-Beliau merupakan seorang tokoh pendidikan dan ahli politik di negeri Sarawak.

-Dilantik sebagai Guru Besar di Permaisuri Malay Girls School ,Kuching .

-Bijak menggunakan peluang tersebut untuk memastikan anak perempuan medapat pendidikan yang sepenuhnya.

-Pada tahun 1950, Lily Eberwein menubuhkan Satok English School tanpa bantuan kerajaaan.

-Atas kesungguhnya,beliau dihormati oleh kaum Melayu Sarawak.

-Sebagai penghargaan, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Besar pada tahun 1977.

-Beliau meninggal dunia pada tahun 1990.



S.A.GANAPATHY



-S.A.Ganapathy merupakan pemimpin India yang berjuang untuk :
 
   i.membela nasib dan kebajikan pekerja estet.
   ii.menuntut upah yang adil.
   iii.mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja.

-Beliau memperjuangkan kebajikan pekerja estet India melalui akhbar :
 
  i.Pattali Murasu (Suara Pekerja)
  ii.Munnani (Barisan Pertama)

-Pada tahun 1947 ,beliau dilantik untuk menjadi Presiden Kesatuan Pekerja Se-Malaya.

-Kesungguhan dan kelantangan beliau menyebabkan British menangkapnya atas tuduhan memiliki senjata api.

-Beliau dijatuhi hukuman mati.

4 ulasan: