Isnin, 24 Oktober 2016

TANAH MELAYU

PERJUANGAN TANAH MELAYU

Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari 1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN

Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di (King House) dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn JaafarMalayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
.TANAH MELAYU
Semenanjung Tanah Melayu merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatanThailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Pattani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.
Tanah Tanjung PiaiJohor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanahSegenting KraBanjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos1957.[3] Merujuk kepada Akta Malaysia 1963SingapuraSarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagaiSabah) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.


sumber:wikipedia


PRASEJARAH MALAYSIA

Zaman Prasejarah Malaysia daoat dijekiseawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan,Lenggong.Rangka manusia terawal,Perak Man yang berusia 11,000 tahun  dan Perak Woman yangberusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu yang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu.Di Gua Niah,Sarawak,terdapt bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu.Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah,Sarawak yang berlukis tebal dean mengambarkkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari.Selain itu,dia Gua Tambun ,Perak juga ditemui lukisan purba.

Ahad, 23 Oktober 2016

JATA NEGARA

Jata negara adalah lambang yang menandakan satu negara merdeka dalam bentuk pencapaian lambang.[1] Sementara bendera kebangsaan biasanya digunakan oleh rakyat biasa dan dikibarkan di luar dan di atas kapal, jata negara biasanya dilihat sebagai simbol kerajaan atau monarki bahkan boleh untuk ketua negara secara peribadi dan digunakan dalam bentuk cetak dan di atas porselin dan sebagai hiasan dinding dalam bangunan parlimen. Jata diraja pemerintahan beraja, yang kadang-kadang adalah sama dengan jata negara, kadang-kadang digambarkan sebagai jata kekuasaan atau jata kedaulatan.[2]
Satu penggunaan penting bagi jata negara adalah sebagai simbol utama di kulit pasport, dokumen yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk membuktikan kewarganegaraan seseorang.
Untuk simbol yang dikenali sebagai jata negara, ia perlu mengikut peraturan ilmu jata. Jika tidak, ia bukan secara rasmi jata tetapi masih lambang negara. Walau bagaimanapun, banyak lambang kebangsaan tidak memenuhi ilmu jata sedang dipanggil jata negara kerana ia digunakan untuk tujuan yang sama seperti jata negara

POLITIK MALAYSIA

POLITIK MALAYSIA




Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berpelembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Isnin, 8 Ogos 2016

WIRA KEMERDEKAAN


WIRA KEMEDEKAAN


DATO ONN BIN  JA' AFAR













Dato' Sir Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.


Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz


Image result for abdul wahab toh muda abdul aziz



Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima Bukit Gantang dari Perakiaitu pembesar Perak empat.
Beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 

Tunku abd rahman.jpg

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua MenteriPersekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejakkemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock
Image result for tun tan cheng lock

Tun Dato Sri Tan Cheng Lock ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertamaPersatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politikpendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik danekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British.

Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein

Image result for tun abdul razak hussein


Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein (11 Mac 1922 -14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakatMalaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Rabu, 3 Ogos 2016

TOKOH KEDAMAIAN

TOKOH KEDAMAIAN

PAK SAKO 


-Nama sebenar Pak Sako ialah Ishak Haji Muhammad.

-Pak Sako dilahirkan pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang ,Termeloh,Pahang.

-Beliau pernah bekerja sebagai Majistret Kelas III.

-Beliau meletakkan jawatan kerana tidak suka berkerjasama bersama British.

-Beliau rajin menulis novel,esei dan memoir.

-Menyebarkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang melayu melalui akhbar Utusan Melayu.

-Melepaskan rasa benci terhadap British menerusi novel :
  
  i.Puteri Gunung Tahan
  ii.Anak Mat Lela Gila 

- Novel Puteri Gunung Tahan yang ditulis oleh beliau banyak menceritakan tentang keburukan orang barat yang cuba mengaut hasil bumi  di Tanah Melayu.

-Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Kampung Melaka ,Hulu Langat ,Selangor.



TUN TAN CHENG LOCK


-Tun Tan Cheng Lock dilahirkan pada tanggal  5 April 1883 di Melaka .

-Merupakan pemimpin yang berjuang untuk :

 i.Kepentingan masyarakat Cina di Malaysia.
 ii.Menyatukan orang Cina di Tanah Melayu.

-Mengasaskan penubuhan Malaysia Chinese Association (MCA) bersama dengan pemimpin cina yang lain pada 1949.

-Beliau menyertai Konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan oleh UMNO pada 23 Ogos 1953.
-Dibawah kepimpinannya MCA :
 i.Membantu untuk mendapatkan hak kerakyatan masyarakat Cina.

-Meminta bantuan ekonomi disalurkan kepada mereka yang memerlukan khususnya nelayan Melayu.



  LILY EBERWEIN



-Lily Eberwein telah dilahirkan pada tanggal 11 Julai 1900 di Kuching ,Sarawak.

-Beliau merupakan seorang tokoh pendidikan dan ahli politik di negeri Sarawak.

-Dilantik sebagai Guru Besar di Permaisuri Malay Girls School ,Kuching .

-Bijak menggunakan peluang tersebut untuk memastikan anak perempuan medapat pendidikan yang sepenuhnya.

-Pada tahun 1950, Lily Eberwein menubuhkan Satok English School tanpa bantuan kerajaaan.

-Atas kesungguhnya,beliau dihormati oleh kaum Melayu Sarawak.

-Sebagai penghargaan, beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Besar pada tahun 1977.

-Beliau meninggal dunia pada tahun 1990.



S.A.GANAPATHY



-S.A.Ganapathy merupakan pemimpin India yang berjuang untuk :
 
   i.membela nasib dan kebajikan pekerja estet.
   ii.menuntut upah yang adil.
   iii.mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja.

-Beliau memperjuangkan kebajikan pekerja estet India melalui akhbar :
 
  i.Pattali Murasu (Suara Pekerja)
  ii.Munnani (Barisan Pertama)

-Pada tahun 1947 ,beliau dilantik untuk menjadi Presiden Kesatuan Pekerja Se-Malaya.

-Kesungguhan dan kelantangan beliau menyebabkan British menangkapnya atas tuduhan memiliki senjata api.

-Beliau dijatuhi hukuman mati.

Isnin, 25 Julai 2016

KATA-KATA ALUAN

SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG SAYA....


TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG MENOLONG DAN MEMBANTU SAYA UNTUK MENJAYA BLOG INI .
BLOG SAYA KEBANYAKANNYA MENERANGKAN TENTANG SEJARAH DI TANAH AIR KITA (MALAYSIA).
SILA LAWATI BLOG SAYA.
SEKIAN TERIMA KASIH.